Home Sukan QUEIROZ LAKUKAN EMPAT PERTUKARAN, GHANA TURUNKAN ATI-ZIGI HADAPI COLOMBIA

QUEIROZ LAKUKAN EMPAT PERTUKARAN, GHANA TURUNKAN ATI-ZIGI HADAPI COLOMBIA

28
0

KANSAS CITY: Pengendali Ghana, Carlos Queiroz, melakukan empat pertukaran dalam kesebelasan utama termasuk memanggil semula penjaga gol Lawrence Ati-Zigi bagi aksi pusingan 32 terbaik Piala Dunia menentang Colombia hari ini.

Memetik laporan Reuters menerusi Harian Metro, Ati-Zigi kembali mengisi posisi penjaga gol menggantikan Benjamin Asare selepas pulih sepenuhnya daripada kecederaan pangkal paha yang menyebabkan beliau terlepas aksi peringkat kumpulan.

Queiroz memilih Ati-Zigi berdasarkan pengalaman serta kualiti kepimpinannya di pentas Piala Dunia.

Tiga lagi pertukaran menyaksikan Caleb Yirenkyi, Jerome Opoku dan Inaki Williams disenaraikan dalam kesebelasan utama menggantikan Jonas Adjetey, Elisha Owusu dan Kamaldeen Sulemana.

Colombia pula melakukan dua pertukaran dengan Daniel Munoz dan Johan Mojica kembali ke dalam kesebelasan utama menggantikan Santiago Arias serta Deiver Machado.-Reuters, HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here