Home Buletin Semasa APAKAH NASIB PENGAYUH BECA?

APAKAH NASIB PENGAYUH BECA?

182
0

Oleh: Nur Athirah Azman , Wartawan Imedikel TV

Nasib pengayuh beca bagaikan tiada penghujung apabila pendapatan mereka semakin berkurangan.

Walaupun beca kini amat jarang kelihatan, namun masih ada penarik beca yang masih memberikan perkhidmatan tersebut.

Team Imedikel TV berkesempatan membuat tinjauan dan menemu bual pengayuh beca sekitar kota bharu, semalam.

Mansor saadan, 71, dari berek 12, berkata sudah mengayuh beca sejak berusia 19 tahun.

Katanya dia masih tetap mahu meneruskan pekerjaan itu walau tiada pelanggan kerana itu sahaja pekerjaan yang dilakukan sejak dahulu.

Pengangkutan awam itu sudah mula berkurang disebabkan peredaran zaman apabila pelanggan memilih pengangkutan awam lain termasuk bas atau teksi kerana lebih cepat, selesa dan selamat.

“Tak macam dulu, dulu banyak sekarang tak ada sambutan, seorang dua macam tu saja. Seorang dua pun sebab ramai beca di sini kan jadi kita berpakat untuk ambil.”

Dia berkata suatu ketika dahulu 0ramai pelanggan di situ namun berubah wajah seiring pembangunan dan teknologi.

Rata-rata golongan ini sudah berusia dan penumpang mereka pula adalah pelanggan tetap yang biasa menggunakan perkhidmatan itu.

Katanya pelanggan semakin berkurang sejak negara dilanda wabak covid-19 tiga tahun lalu.

“Tapi harap saya ada buat penghantaran barang ke kedai jadi boleh dapat dalam RM30 sehari,”

Mansor berkata walaupun tiada pelanggan, dia masih boleh membuat perkhidmatan menghantar barang kepada pelanggan.

Menurutnya, biarpun terpaksa berkayuh di bawah terik mentari, namun warga emas ini tabah dan tidak pernah mengeluh kerana itulah mata pencariannya.

Katanya, hasil pendapatannya sebanyak rm30 sehari daripada hasil menghantar barang kepada pelanggan.

“Saya mula mengayuh beca di sini pada jam 7.30 pagi hingga jam 12 tengahhari,”

“Hari jumaat tak ada barang jadi tak dapat la RM30 itu,”

Warga emas itu meghantar barang seperti beras, daging dan sayur-sayuran ke kedai makan sekitar kota bharu.

Tambahnya, pelancong sekarang tidak menaiki beca malah mereka hanya berswafoto sahaja di beca tersebut.

Menurutnya, sehingga kini walaupun anak-anaknya sudah dewasa dan bekerja, mereka tidak pernah melarangnya meneruskan pekerjaan sebagai penarik beca malah mereka terus memberi galakan kepadanya.

“Macam saya tiada anak, mereka semua sudah bekerja jadi saya tiada tnggungan, isteri saya pun dah tiada, sekarang ni saya hanya cukup-cukup makan sahaja,”

“Anak saya lapan orang dan semua sudah bekerja,”

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here