Home Buletin Semasa SEMANGAT ANAK MUDA JUAL AKOK LAPAN PERISA

SEMANGAT ANAK MUDA JUAL AKOK LAPAN PERISA

224
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Perniagaan kecil seperti akok sudah banyak di negeri Che Siti Wan Kembang, namun gerai akok yang dimiliki anak muda ini mempunyai kelainannya tersendiri.

Hanya dengan minat, anak muda Kelantan  ini tekad mencari sumber pendapatan dengan menjalankan perniagaan akok lapan perisa

Team Imedikel TV berkesempatan menemu bual seorang pengusaha akok, Aiman Aziz, di Kampung Binjai, di sini, Ahad lalu.

Ainan Aziz, 20, tekad berniaga kuih tradisional akok demi meneruskan tradisi turun temurun ahli keluarganya.

Aiman  bekas pelajar sekolah Pondok At-taqwa, berkata akok yang dijual mempunyai lapan jenis perisa yang menarik antaranya perisa coklat, durian, pisang, pandan, jagung, sambal daging, original, dan bahulu.

“Kalau yang orang muda suka coklat la, original dengan pandan ni orang biasa dah, jadi yang baru-baru ini akok bahulu pun orang minat banyak juga.”

“kelebihan dia, dia wajah baru kalau akok coklat ini dia manis sikit.,”katanya.

Dia berkata, akok perisa coklat yang dimasak bersama ‘coklat chip’ di atasnya kini mendapat permintaan ramai terutama golongan muda.

“Akok ni kalau 100 biji telor tu dalam 2 jam siap semua perisa. 100 biji telor tu 500 biji akok sehari kalau tak cukup tambah.”

Katanya, dengan kemahiran yang ada, dia dibantu oleh ibunya samiah amin, 56, kerana tidak menang tangan untuk mengusahakan perniagaan itu.

Tambahnya, resipi istimewa pembuatan kuih itu adalah turun temurun oleh ibunya sejak 1993.

Menurut aiman, akok itu dijual pada harga rm3 kecuali akok perisa durian dijual pada harga RM 4.

“Sebab tengok mak bakar, minat nak belajar lepastu abg dulu buka kita belajar dengan dia pula yang perisa-perisa ni buka sini.”

Aiman yang juga  anak bongsu daripada lima beradik berkata, perniagaan akok yang diusahakannya itu merupakan cawangan ketiga yang dibuka sejak sebulan yang lalu.

Katanya, dia hanya menggunakakan platform tiktok untuk mempromosikan kuih jualannya.

Tambahnya, gerai jualan itu dibuka pada hari sabtu hingga khamis.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here