Home Buletin Semasa BANGKITKAN KESEDARAN MASYARAKAT TENTANG ISU-ISU KEPENDUDUKAN DUNIA

BANGKITKAN KESEDARAN MASYARAKAT TENTANG ISU-ISU KEPENDUDUKAN DUNIA

207
0

KUALA LUMPUR: Membangkitkan kesedaran masyarakat mengenai isu-isu kependudukan dunia Hari Penduduk Sedunia disambut pada tanggal 11 Julai setiap tahun.

Bagi tahun ini tema Hari Penduduk Sedunia adalah “Mengorak Kuasa Kesaksamaan Gender: Memperkasa Suara Wanita dan Kanak-Kanak Perempuan Bagi Membuka Peluang Dunia Tanpa Batas”.

Memetik daripada siaran media Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pembangunan Wanita, tema berkenaan dipilih United Nations Population Fund (UNFPA) berdasarkan kepada isu global mengenai ketidaksaksamaan gender dan diskriminasi yang berlaku di hampir setiap negara walaupun bilangan wanita dan kanak-kanak perempuan membentuk hampir separuh iaitu 49.7 peratus daripada populasi dunia.

Isu berat sebelah, stereotaip, serta sikap prejudis di pelusuk dunia merupakan contoh ketidaksamaan gender yang masih dihadapi oleh sebilangan besar wanita dan kanak-kanak perempuan.

Laporan Jurang Gender Global 2022 telah meletakkan Malaysia di tangga ke-103 daripada 146 negara bagi aspek merapatkan kesaksamaan gender.

Menurut siaran media berkenaan, kadar penglibatan tenaga buruh wanita serta wanita juga merupakan antara kelompok pembuat keputusan yang rendah telah mempengaruhi kedudukan Malaysia dalam laporan tersebut.

Justeru hal ini menuntut kesedaran di setiap peringkat institusi agar hak, peluang dan perlindungan diberikan kepada setiap individu tanpa mengira jantina atau peringkat umur.

Sehubungan dengan itu, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN) telah menganjurkan forum yang bertujuan untuk membincangkan dan mencari solusi terbaik mengenai pemerkasaan wanita dan kanak-kanak perempuan dalam semua aspek sama ada dalam pendidikan, ekonomi dan juga kesihatan.

Penganjuran forum yang melibatkan seramai 250 peserta ini membuktikan komitmen dan kesungguhan serta kerjasama pelbagai agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha mengintegrasikan isu kependudukan dalam pembangunan negara.-Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here