Home Politik ANWAR BERI PERINGATAN TEGAS PIMPINAN PKR, JANGAN LEKA ISU DALAMAN

ANWAR BERI PERINGATAN TEGAS PIMPINAN PKR, JANGAN LEKA ISU DALAMAN

13
0

KOTA BHARU: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peringatan tegas kepada barisan kepimpinan parti di semua peringkat agar tidak leka dan membuang masa dengan isu dalaman yang boleh meranapkan parti.

Beliau menegaskan kepada
sikap segelintir pemimpin parti yang masih ‘tidur’ untuk prihatin terhadap tarikh pilihan raya yang sudah semakin hampir untuk terus bekerja ke arah itu mulai sekarang.

“Siapa yang rasa letih, beritahu dan minta cuti. Parti ini bukan parti hak mana-mana seorang. Parti ini hak rakyat, hak mereka yang mahu bekerja dan berjuang angkat nasib rakyat.

“Saya harap seluruh jentera parti supaya mula merapatkan barisan dan bersiap sedia dari sekarang bagi mendepani cabaran pilihan raya akan datang,” katanya semasa berucap pada Mini Konvensyen Keadilan Kelantan 2026, di sini, hari ini.

Katanya, persiapan perlulah dibuat
dari sekarang untuk berdepan Pilihan Raya Umum.

“Ikhtiar dan kerja mesti seiring, bukan bergaduh hal remeh-temeh kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah,” katanya.

IMedikel TV‎

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here