Home Buletin Semasa “ANWAR KIRIM SALAM KEPADA PENGUSAHA BATIK DI KELANTAN”

“ANWAR KIRIM SALAM KEPADA PENGUSAHA BATIK DI KELANTAN”

16
0

Oleh: Afrizam Arif@IMedikel TV

KOTA BHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan salam kepada pengusaha batik di Kelantan ketika berucap pada satu konvensyen di sini.

Dalam ucapannya, beliau menyebut, “Anwar kirim salam kepada pengusaha batik di Kelantan,” katanya dalam ucapan semasa Mini Konvensyen Keadilan Kelantan 2026, di sini, hari ini, sebagai tanda penghargaan kepada golongan berkenaan.

Beliau turut memaklumkan bahawa inisiatif menggalakkan pemakaian batik dalam kalangan penjawat awam telah memberi manfaat besar kepada pengusaha, khususnya di Kelantan dan Terengganu.

Menurutnya, saranan awal supaya batik dipakai setiap Khamis telah membantu meningkatkan permintaan terhadap produk tersebut.

Jelasnya, kelonggaran baharu yang membolehkan pemakaian batik setiap hari bekerja kini memberi impak lebih besar kepada industri itu.

“Pengusaha batik di Kelantan antara yang paling mendapat manfaat hasil peningkatan permintaan ini,” katanya.

Katanya, perkembangan positif itu turut membantu meningkatkan pendapatan pengusaha serta mengukuhkan kedudukan batik sebagai warisan budaya negara.

IMedikel TV‎

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here