Home Sukan ALVAREZ,DOKU TAMPIL PEMUSNAH LEIPZIG

ALVAREZ,DOKU TAMPIL PEMUSNAH LEIPZIG

LEIPZIG, Jerman: Julian Alvarez dan Jeremy Doku tampil dari bangku pemain simpanan untuk meledak gol lewat perlawanan sekali gus membantu Manchester City menang 3-1 ke atas RB Leipzig pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Berdepan Leipzig dalam pertandingan itu buat musim ketiga berturut-turut, City mendominasi sejak awal dan Phil Foden merembat masuk gol pembukaan pada minit ke-25 selepas satu gerakan menakjubkan daripada pemain remaja Rico Lewis.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Gagal memberi sebarang cabaran pada babak pertama, Leipzig bangkit menyamakan kedudukan tiga minit selepas rehat menerusi Lois Openda yang menjaringkan gol selepas satu serangan balas pantas.

Namun ketika Leipzig menumpukan untuk mengekang penyerang utama Erling Haaland, yang meledak lima gol dalam tempoh 60 minit kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu, Alvarez sebaliknya menyumbat gol penting apabila dia melakukan sepakan lencong lima minit selepas dimasukkan.

Doku kemudian melengkapkan kemenangan itu dengan gol pada minit kedua masa kecederaan.-AGENSI-Berita harian online-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here