FLORIDA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun menembak dua rakannya yang berusia
13 tahun berikutan pertengkaran yang bermula semasa latihan bola sepak Pop Warner di
Florida, Amerika Syarika (AS).
Menurut pihak berkuasa, kanak-kanak berkenaan mengambil pistol itu dari kotak yang tidak
berkunci di dalam kenderaan ibunya dan melepaskan satu das tembakan.
Tembakan tunggal berkenaan terkena lengan seorang remaja, manakala seorang lagi di
bahagian tengah badan.
Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Polis berkata, video pengawasan menunjukkan kedua-dua remaja itu, yang berada dalam keadaan stabil, melarikan diri daripada kanak-kanak itu apabila tembakan dilepaskan.
Tembakan dilaporkan berlaku kira-kira jam 8.18 malam waktu tempatan dan pegawai tiba di
tempat kejadian kira-kira empat minit kemudian dan merampas pistol daripada kanak-kanak
itu serta menahannya.
Kanak-kanak lelaki itu kemudian didakwa cuba membunuh dan dimasukkan ke pusat penilaian
juvana, sementara ibunya menghadapi pertuduhan tingkah laku salah kerana meninggalkan
pistol tanpa pengawasan. Sebarang pertuduhan tambahan akan bergantung pada sistem mahkamah.
– AGENSI – Berita Harian Online –
IMedikel TV






