Home Buletin Semasa AKPS TAHAN 26 PENUNGGANG MOTOSIKAL BOLOS KELUAR MALAYSIA TANPA KEMUKA PASPORT

AKPS TAHAN 26 PENUNGGANG MOTOSIKAL BOLOS KELUAR MALAYSIA TANPA KEMUKA PASPORT

282
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

JOHOR BAHRU: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bangunan Sultan Iskandar, Johor berjaya menahan seramai 26 warganegara Malaysia di laluan keluar motosikal di Bangunan Sultan Iskandar pada 16 Oktober lalu.

Dalam kenyataannya pada Jumaat memaklumkan siasatan mendapati kesemua mereka melakukan perbuatan pembolosan di laluan motosikal dan melanggar Seksyen 2(2) Akta Pasport 1960, iaitu meninggalkan Malaysia tanpa mengemukakan pasport kepada Pegawai Imigresen yang bertugas.

“Berdasarkan penahanan tersebut, seramai 13 orang dihadapkan ke Mahkamah PATI Pekan Nenas, Pontian semalam dan masing-masing dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,500 seorang.

“Manakala tiga lagi yang ditahan adalah pembonceng dan sudah mendapat kebenaran Timbalan Pendakwaraya untuk dibebaskan dengan amaran bertulis.

“Pada tarikh berasingan, seramai 10 orang lagi disabitkan dengan kesalahan dan dikenakan hukuman denda sebanyak RM1,000 setiap orang pada 6 November lalu,”menurut kenyataan itu.

AKPS turut menasihatkan orang ramai yang melalui pintu masuk Bangunan Sultan Iskandar khususnya di laluan motor supaya mematuhi arahan untuk melapor kepada pegawai bertugas samada secara manual atau menggunakan aplikasi yang disediakan semasa masuk atau keluar tanpa gagal.

AKPS menegaskan bahawa mereka yang gagal berbuat demikian berisiko dikenakan tindakan undang-undang serta berkemungkinan kehilangan pekerjaan kerana pasport akan ditahan oleh pihak Imigresen sepanjang siasatan dijalankan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here