Home Buletin Semasa AKPS PATAHKAN CUBAAN SELUDUP 3,500 LITER DIESEL BERSUBSIDI

AKPS PATAHKAN CUBAAN SELUDUP 3,500 LITER DIESEL BERSUBSIDI

326
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KEDAH: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) mematahkan cubaan menyeludup minyak diesel bersubsidi ke negara jiran membabitkan nilai rampasan sebanyak RM90,000 di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam pada Isnin lepas.

Serbuan itu dilakukan kira-kira jam 8 pagi dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

AKPS dalam kenyataan berkata, modus operandi yang digunakan adalah mengubah suai sebuah lori jenis pole trailer dengan satu tangki tambahan yang disembunyikan di bahagian bawah lori tersebut.

“Tangki tambahan itu mampu menampung sebanyak 3,500 liter minyak diesel yang diseludup.

“Lori tersebut kemudian disita untuk siasatan dan tindakan lanjut,” jelas kenyataan itu pada Selasa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 atas kesalahan mengubah suai kenderaan dan Seksyen 64(1) APJ 1987 yang membenarkan kenderaan disita.

AKPS menegaskan bahawa tindakan akan diambil terhadap individu yang cuba memperdaya agensi penguat kuasa bagi mengaut keuntungan yang menyalahi undang-undang.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here