Home Hiburan AFGAN KINI BERGELAR HAJI

AFGAN KINI BERGELAR HAJI

173
0

KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Indonesia, Afgansyah Reza, 35, atau lebih dikenali Afgan kini bergelar haji selepas selesai menunaikan haji tahun ini.

Memetik laporan Harian Metro, Afgan dalam satu hantaran di Instagram menyifatkan ibadah haji itu adalah pengalaman luar biasa pernah dilakukan sepanjang hidupnya.

Afgan berkata, ia adalah perjalanan ‘spiritual’ yang indah dan bersyukur kerana semua urusannya dipermudahkan Allah SWT.

“Sempurna sudah ibadah haji pertama saya. Saya berangkat sendiri dengan bermodalkan rasa nekad saja.

“Namun, semua proses dipermudahkan oleh Allah SWT dan berjalan dengan lancar,” tulisnya di Instagram.

Menurutnya, dia juga gembira kerana diberikan peluang dan kesempatan dijemput Allah SWT pada musim haji tahun ini.

“Ini adalah pengalaman sekali seumur hidup dan rasa sangat bersyukur kerana boleh menjadi tetamu Allah tahun ini. Ibadah haji adalah perjalanan antara anda dan Tuhan.

“Satu ibadah yang mengingatkan agar sentiasa merendah diri dan sentiasa ingat bahawa anda tidak akan sesekali keseorangan selagi ada Tuhan bersama. Terima kasih atas doa kalian,” katanya.

Menerusi hantaran sama, dia juga memuat naik gambar memaparkan detik-detik sepanjang dia menunaikan haji.

Terdahulu, pada 30 Mei lalu, Afgan memaklumkan dia berada di Makkah untuk menunaikan ibadah haji. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here