Home Buletin Semasa ‘SAYA DENGAR MEREKA MINTA TOLONG, TAPI HANYA MAMPU SELAMATKAN DIRI SAHAJA’ –...

‘SAYA DENGAR MEREKA MINTA TOLONG, TAPI HANYA MAMPU SELAMATKAN DIRI SAHAJA’ – MANGSA

368
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

GERIK: “Memang sedih dengar kawan-kawan meronta minta tolong tapi saya tak boleh tolong sebab belakang saya sakit dan mampu menyelamatkan diri saya sahaja,” demikian salah seorang pelajar yang terselamat dalam kemalangan bas persiaran di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik–Jeli awal pagi tadi.

Aleeya Maisarah Azizzani, 21 sempat mendengar suara rakan-rakannya meronta meminta pertolongan sebelum suara itu secara tiba-tiba senyap.

Difahamkan, sebelum kemalangan berlaku dia menyedari bas tersebut tidak stabil sebelum terjatuh sehingga melanggar pembahagi jalan di sebelah kiri.

“Pada awalnya, saya perasan bas hampir terjatuh di bahagian kanan ketika masuk dalam lopak air, memang berdebar sebab saya duduk di kerusi bahagian kanan.

“Selepas daripada saya perasan, dia (pemandu bas) bawa bas perlahan, dan kembali laju, masa itu la bas jatuh di selekoh sebelah kiri,” katanya menerusi satu video di media sosial.

Jelasnya, selepas kejadian berlaku, dia perasan sebuah kereta perodua Alza turut terbabit dalam kemalangan itu.

Dia turut mengalami benjolan di kepala dan kaki terseliuh.

“Saya nampak ada yang terbaring dalam longkang dengan kepalanya yang sudah terburai dan rupa-rupanya sudah meninggal.

“Memang sedih sebab suasana sangat kelam kabut,” katanya.

Terdahulu, kemalangan membabitkan bas persiaran yang membawa 44 individu, termasuk 42 pelajar UPSI itu, mengorbankan 15 nyawa, yang mana 13 maut di lokasi kejadian, manakala dua lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Gerik.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here