Home Luar Negara ADIK JONG UN BERI AMARAN

ADIK JONG UN BERI AMARAN

248
0

SEOUL: Timbalan pengarah jabatan Parti Pekerja Korea Kim Yo Jong, pada Selasa berkata, percubaan pesawat Amerika Syarikat menceroboh ruang udara negara itu boleh mengakibatkan “penerbangan kritikal” untuk mereka, lapor Sputnik.

Pada Isnin, Jong yang juga adik kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un berkata, pesawat peninjau AS menceroboh ruang udara di atas zon ekonomi Korea Utara.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Pertahanan Negara Korea Utara menambah bahawa pesawat peninjau AS menceroboh ruang udara negara itu beberapa kali dari 2 hingga 9 Julai.

“Saya sudah memaklumkan terlebih dahulu tindakan balas tentera kami selepas diberi kuasa. Sekiranya berlaku pencerobohan haram berulang kali, tentera AS akan mengalami penerbangan yang sangat kritikal,” katanya dipetik media Korea Utara, KCNA.

Beliau menambah bahawa pada Isnin, sebuah pesawat peninjau strategik AS “menceroboh zon ekonomi sebelah Korea Utara di Laut Timur Korea (Laut Jepun) sebanyak lapan kali.” – BERNAMA, HMetro Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here