Home Sukan AARON-WOOI YIK FOKUS BURU GELARAN KEJOHANAN UTAMA

AARON-WOOI YIK FOKUS BURU GELARAN KEJOHANAN UTAMA

26
0

KUALA LUMPUR: Memetik laporan menerusi Berita Harian beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui fokus utama mereka lebih terarah kepada Kejohanan Dunia dan Sukan Asia berbanding memburu gelaran Jelajah Dunia musim ini.

Menurutnya, faktor usia serta pengalaman membuatkan mereka kini lebih memberi perhatian kepada kejohanan utama menjelang permulaan kelayakan Olimpik tahun depan.

“Saya rasa sekarang kami bukan mengejar satu gelaran semata-mata.

“Sebab sekarang pun sudah dekat dengan Sukan Asia dan tahun depan pula bermula kelayakan Olimpik, jadi fokus kami lebih kepada kejohanan utama,” katanya selepas aksi pusingan pertama Masters Malaysia 2026 semalam.

Aaron-Wooi Yik sebelum ini melakar sejarah muncul juara Kejohanan Dunia 2022 di Tokyo, selain merangkul dua pingat gangsa Sukan Olimpik, juara Asia 2025 dan empat gelaran Jelajah Dunia.

Terdahulu, pasangan ranking kedua dunia itu bangkit daripada kekalahan set pertama sebelum menewaskan pasangan Singapura, Wesley Koh-Kubo Junsuke 19-21, 21-10, 21-12 untuk mara ke pusingan kedua.

Mengulas mengenai aspek yang perlu diperbaiki menjelang aksi pusingan kedua esok, Aaron mengakui faktor pengalaman dan kemampuan untuk bangkit semula dalam gelanggang lebih penting ketika ini.

“Saya rasa bukan soal kesilapan besar, tetapi lebih kepada pengalaman.

“Pada umur dan tahap sekarang, kami cuma perlu bangkit semula dengan lebih cepat ketika dalam gelanggang,” katanya. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here