Home Luar Negara KUALITI UDARA DI SINGAPURA DIJANGKA BERTAMBAH BAIK – NEA

KUALITI UDARA DI SINGAPURA DIJANGKA BERTAMBAH BAIK – NEA

143
0

SINGAPURA: Kualiti udara di Singapura dijangka tidak mencapai tahap ‘tidak sihat’ selepas ini, menurut Menurut Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA), namun orang ramai dinasihat semak bacaan PM2.5 sejam sebelum melakukan kegiatan luar.

Memetik Laporan AGENSI menerusi Berita Harian, Menurut NEA lagi, Indeks Piawaian Pencemaran (PSI) 24 jam hari ini, meramalkan negara itu berada dalam julat sederhana 51 hingga 100.

“Bagaimanapun, keadaan jerebu boleh menjejaskan Singapura jika masalah jerebu serantau meningkat.

“Setakat jam 6 petang semalam, bacaan PSI 24 jam Singapura berjulat antara 52 dan 69.

“Sebanyak 68 titik panas dikesan di Sumatera, kebanyakannya di bahagian selatan dan tengah iaitu kurang daripada 126 titik panas yang dikesan pada Jumaat lalu,” menurut NEA.

Minggu lalu, kualiti udara di Singapura memasuki julat ‘tidak sihat’, dengan pihak berkuasa memberi amaran keadaan berjerebu susulan peningkatan jumlah titik panas di Indonesia.

Ia dijangka bertambah buruk sekiranya kebakaran hutan di Indonesia berlanjutan dan ditambah dengan dorongan arah tiupan angin dan peningkatan jumlah tompok panas di Sumatera.

Bagaimanapun, Singapura dan wilayah sekitarnya dijangka mengalami cuaca kering dalam beberapa hari akan datang, dengan angin lazim dijangka bertiup kebanyakannya dari selatan.

Bacaan kepekatan PM2.5 selama satu jam berada dalam julat normal, jatuh antara 11 dan 30 mikrogram per meter padu udara, pada jam 6 petang semalam.

PM2.5 merujuk kepada zarah halus, biasanya bawaan udara yang berukuran 2.5 mikron atau lebih kecil dan boleh tersimpan jauh di dalam paru-paru, menimbulkan risiko kesihatan yang teruk.

Kesan kesihatan jerebu bergantung kepada kesihatan seseorang, tahap PSI dan tempoh serta intensiti kegiatan luar.

Justeru NEA menasihatkan orang ramai supaya menyemak bacaan PM2.5 selama satu jam sebelum melakukan sebarang kegiatan luar.

“Gunakan ramalan PSI 24 jam dan nasihat kesihatan yang sepadan untuk merancang kegiatan luar hari berikutnya,” tambahnya.

– AGENSI, BHARIAN ONLINE –

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here