KABUL: Gempa bumi berukuran 6.3 melanda barat Afghanistan, lapor Pemantau Geologikal Amerika Syarikat (USGS).
Memetik laporan AGENSI menerusi Berita Harian, gegaran pada kedalaman cetek itu dikesan berlaku sekitar jam 5.10 pagi waktu tempatan (00:40 GMT), dengan pusat gempa kira-kira 29 kilometer (km) ke utara bandar Herat, lapor USGS.
Tambah agensi itu lagi gempa bumi berlaku di kawasan sama di mana lebih 2,000 mangsa terbunuh pada hujung minggu lalu.
Sementara itu Pusat Penyelidikan Jerman untuk Geosains melaporkan lokasi gempa bumi ialah di latitud 34.67 darjah utara dan longtitud 62.14 darjah timur.
– AGENSI, BH Online –
IMEDIKEL TV






