Home Buletin Semasa MIDA KOMITED BANTU SYARIKAT BUMIPUTERA BERKEMBANG MAJU

MIDA KOMITED BANTU SYARIKAT BUMIPUTERA BERKEMBANG MAJU

Oleh: Nur Athirah Azman, IMedikel TV

KOTA BHARU: Malaysian Investment Development Authority (MIDA) komited membantu syarikat bumiputera terutama Imedikel Pharma Holding Berhad dalam aktiviti pengilangan untuk berkembang lebih maju.

Timbalan Pengarah MIDA, Sawaddee Islamuddin berkata, MIDA adalah agensi utama kerajaan bagi pengembangan dan pembangunan perusahaan bagi pelabur-pelabur yang berhasrat mendirikan projek pengeluaran dan perkhidmatan sokongan di Malaysia.

Timbalan Pengarah MIDA, Sawaddee Islamuddin berkata, setiap permasalahan yang berlaku dalam pelaksanaan projek di kilang IMPHB akan dibantu oleh Unit Track yang bertempat di Kuala Lumpur.

“Tujuan lawatan delegasi daripada MIDA ke kilang IMedikel pada hari ini adalah untuk memberi penjelasan dan penerangan berkaitan dengan fungsi MIDA. Secara dasarnya, MIDA adalah Lembaga Permohonan Pelaburan Malaysia yang terlibat dalam membantu syarikat pengilangan untuk beroperasi di Malaysia dan berkembang dengan lebih maju.

“Mida telah dipilih untuk memberi penjelasan berkenaan dengan fungsi bahagian pasca pelaburan di MIDA berhubung dengan pelaksanaan projekyang dilaksanakan. Jadi pihak kami ke sini untuk mengetahui lebih lanjut apa masalah yang dihadapi oleh kilang IMedikel dan akan dibantu oleh Unit Track MIDA,”katanya kepada pemberita ketika Lawatan Delegasi ke Kilang IMPHB di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, di sini, baru-baru ini.

Sawaddee berkata, setiap permasalahan yang berlaku dalam pelaksanaan projek di kilang IMPHB akan dibantu oleh Unit Track yang bertempat di Kuala Lumpur.

Timbalan Pengarah MIDA, Sawaddee Islamuddin membuat kunjungan hormat untuk lawatan delegasi ke Kilang IMPHB

Beliau berharap, kilang IMPHB dapat menjadi salah satu syarikat bumiputera yang berkembang maju dengan membawa pasaran eksport ke luar negara seiring dengan perubahan teknologi pada masa kini.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here