Home Luar Negara IRAN GAGALKAN 30 PLOT LETUPAN PENGGANAS – KEMENTERIAN PERISIKAN

IRAN GAGALKAN 30 PLOT LETUPAN PENGGANAS – KEMENTERIAN PERISIKAN

153
0

TEHRAN: Perisikan Iran menggagalkan rancangan pengganas yang menyasarkan tempat sesak di sini di ibu negara Iran dan menahan 28 suspek, menurut Kementerian Perisikan pada Ahad, lapor Xinhua.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman sesawangnya, kementerian itu mendedahkan bahawa 30 letupan serentak telah dirancang dengan tujuan menggugat keselamatan negara, menimbulkan ketakutan dan mencetuskan kekacauan pada ulang tahun rusuhan musim gugur lalu.

“Pasukan Perisikan kami menyerang tempat persembunyian dan pangkalan pengganas di wilayah Tehran, Alborz dan Azarbaijan Barat, serta menahan anggota rangkaian pengganas itu,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyenaraikan peralatan dan gear yang dirampas semasa operasi.

Seramai dua anggota Perisikan cedera semasa operasi itu apabila mereka berjaya menghalang letupan bunuh diri daripada merosakkan rumah berhampiran. Bernama-Xinhua, HMetro Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here