Home Sukan CITY KEKAL REKOD SEMPURNA ENAM KEMENANGAN

CITY KEKAL REKOD SEMPURNA ENAM KEMENANGAN

139
0

MANCHESTER, England: Manchester City mengekalkan permulaan sempurna musim ini dengan kemenangan keenam berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris selepas mengatasi Nottingham Forest 2-0 walaupun ia tidak semudah disangka apabila mereka beraksi pada babak kedua dengan 10 pemain.

Gol sumbangan Phil Foden dan Erling Haaland membantu pasukan juara bertahan menguasai dalam tempoh 15 minit pertama namun kad merah Rodri seminit selepas rehat apabila dia menolak dan menjatuhkan Morgan Gibbs-White bermakna City terpaksa bekerja keras untuk meraih kemenangan.

-Memetik laporan agensi menerusi berita harian-

Dengan sebahagian daripada perlawanan hujung minggu ini berlangsung malam ini, City menggunakan peluang itu untuk mengumpul 18 mata maksimum, lima mata di depan Tottenham Hotspur dan Arsenal, yang bertemu malam ini dan Liverpool, yang menanti kunjungan West Ham United.

Kemenangan buat City tidak pernah diragui sebaik Kyle Walker mengumpan kepada Foden untuk meledak masuk gol pembukaan selepas gerakan dengan 46 hantaran sebelum Haaland menanduk masuk susulan hantaran silang Matheus Nunes.

Namun pergaduhan hangat antara Rodri dengan Gibbs-White, yang mencetus kemarahan pemain tengah City itu apabila menumbuk dadanya pada minit ke-46, bermakna tuan rumah tidak mampu bermaharajalela bagi baki saingan.

Pemain Manchester City, Rodri (dua dari kanan) dibuang padang selepas menerima kad merah daripada pengadil Anthony Taylor pada aksi menentang Nottingham Forest di Stadium Etihad, Manchester lewat malam tadi. – Foto REUTERS

“Kami bermain, saya boleh katakan, 51, 52 minit 10 menentang 11, jadi ia tidak mudah, tetapi kami amat fantastik,” kata pengurus City, Pep Guardiola.

“Saya fikir cara kami bermain pada babak pertama mengagumkan menentang pasukan sukar dari segi fizikal, kepantasan yang mereka miliki di bahagian depan.”

Ditanya mengenai kad merah Rodri yang bermakna dia mungkin terlepas tiga perlawanan, Guardiola berkata: “Rodri perlu mengawal emosinya. Saya boleh mendapat kad kuning tetapi Rodri tidak boleh mendapat kad merah.

“Dia sudah melakukannya. Dia sudah meminta maaf. Pemain di tengah padang perlu mengawal emosi mereka.” – REUTERS

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here