Home Sukan LIGA JUARA-JUARA AFC TIDAK MUDAH BUAT NEYMAR

LIGA JUARA-JUARA AFC TIDAK MUDAH BUAT NEYMAR

170
0

RIYADH: Bintang Brazil, Neymar mengharungi penampilan sulung Liga Juara-Juara Asia yang kurang memberangsangkan apabila Al-Hilal nyaris tewas di tangan pasukan Uzbekistan, Navbahor di Riyadh.

Neymar, menyertai Al-Hilal dari Paris Saint-Germain bulan lalu, memulakan permainan buat kali pertama semalam selepas penampilan sulungnya dalam Liga Pro Saudi pada Jumaat menentang Al-Riyadh.-Memetik laporan dari agensi berita harian-

Al-Hilal yang turun sebagai naib juara Liga Juara-Juara Asia, ketinggalan pada minit ke-52 aksi pembukaan Kumpulan B di Stadium Antarabangsa Raja Fahd hasil jaringan Toma Tabatadze.

Navbahor, naib juara Liga Super Uzbekistan 2022, beraksi dalam Liga Juara-Juara AFC buat kali pertama.

Bagaimanapun pertahanan Al-Hilal, Ali Al-Bulaihi memastikan satu mata buat juara empat kali itu apabila meledak gol penyamaan pada minit ke-100.

Neymar, yang pada awal bulan ini menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman Brazil, dikawal rapi Navbahor dan menerima kad kuning kerana menolak serta menendang bola ke arah pemain lawan.

Neymar mempunyai peluang untuk menjaringkan gol ketika permainan berbaki tiga minit, tetapi tandukannya tepat ke arah penjaga gol Navbahor, Utkir Yusupov. – AFP

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here