Home Luar Negara 5,300 DIKHUATIRI MAUT, 10,000 HILANG

5,300 DIKHUATIRI MAUT, 10,000 HILANG

Geneva, SWITZERLAND :Memetik laporan Agensi menerusi Kosmo, ketua Delegasi Persekutuan Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa di Libya, Tamer ramadan memberikan angka terkini itu dalam satu taklimat akhbar di Geneva, Switzerland.

Menurutnya angka kematian amat tinggi.

Sementara itu, kementerian dalam negeri pihak berkuasa timur Libya berkata, sekurang-kurangya 5,300 orang dibimbangi terkorban dalam bencana itu setakat ini.

Pegawai-pegawai di bandar tobruk pula menjelaskan, sekurang-kurangnya 145 daripada mangsa yang terkorban ialah rakyat Mesir.

Di bandar Derna, yang menjadi lokasi paling teruk terjejas, sehingga 6,000 orang dilaporkan masih hilang.

Menteri kesihatan pentadbiran timur Libya, Othman Abduljalil menggelar situasi di itu sebagai ‘malapetaka’ dengan banyak kawasan kejiranan musnah sepenuhnya selepas dihanyutkan arus deras.

Taufan Daniel melanda timur Libya dan mencapai kemuncaknya isnin lalu di Timur Laut Libya, demikian menurut organisasi meteorologi dunia. -Agensi Kosmo Online-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here