Home Luar Negara LEBIH 70 BUAYA TERLEPAS DI CHINA

LEBIH 70 BUAYA TERLEPAS DI CHINA

CHINA, Shenzhe: Reptilia itu terlepas dari bandar maoming selepas hujan lebat turun di wilayah itu selama beberapa hari, Agensi Berita Jerman (DPA) memetik portal Berita China The Paper dan laporan lain pada selasa yang merujuk pihak berkuasa tempatan.

Insiden berlaku selepas sebuah tasik berhampiran ladang buaya itu melimpahi tebingnya, membolehkan haiwan itu terlepas.

Sekurang-kurangnya 69 buaya dewasa dan enam yang lebih muda dipelihara di ladang itu.

Menurut akhbar beijing news, pasukan kecemasan dihantar untuk mengesan reptilia yang terlepas dengan bantuan peralatan sonar.

Bagaimanapun, banjir yang meluas menyukarkan pencarian, justeru pihak berkuasa meminta penduduk tinggal di rumah masing-masing. -BERNAMA, HMetro Online-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here