Home Luar Negara 14 TERBUNUH DALAM SERANGAN GEREJA DI TIMUR CONGO

14 TERBUNUH DALAM SERANGAN GEREJA DI TIMUR CONGO

169
0

BUNIA: Lossa berkata mangsa sedang berdoa sebelum tiba-tiba anggota militan yang dikenal pasti sebagai Codeco menyerang mereka.

Menurut Mapela dan Lossa, seramai sembilan orang awam, empat anggota militan itu dan seorang askar terkorban dalam serangan itu.

Mapela berkata, pemberontak menyerang gereja-gereja Mesa, Cepac, dan Aumopro yang terletak berdekatan dengan pantai Tasik Albert.

Jurucakap tentera Ituri, Jules Ngongo Tshikudi menggesa penduduk supaya bertenang sementara angkatan bersenjata menjejaki penjenayah ini untuk mengekang tindakan mereka.

Jurucakap tentera, Leftenan Jules Ngongo, memberitahu AFP bahawa pengganas Codeco menyerang orang awam ketika menghadiri upacara keagamaan di gereja di Gobu, di TepianTasik Albert.

Tambah beliau, pihak tentera sudah bertindak balas dan suspek akan didakwa, tanpa mengulas lebih lanjut.

Codeco pula mengaku mempertahankan kepentingan para petani lendu, yang telah lama berkonflik dengan pengembala hema.

Serangan ahad lalu yang berlangsung sekitar dua jam itu menyebabkan 14 orang terbunuh manakala kes berasingan seminggu lalu meragut tujuh nyawa. -BH Online, AGENSI –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here