Home Luar Negara CACING HIDUP DALAM OTAK WANITA

CACING HIDUP DALAM OTAK WANITA

213
0

CANBERRA: Memetik laporan bernama menerusi Harian Metro, cacing gelang Ophidascaris Robertsi yang masih hidup berukuran lapan sentimeter itu yang biasanya ditemukan di dalam ular sawa, dikeluarkan daripada otak pesakit wanita berusia 64 tahun selepas pembedahan.

Dalam satu kenyataan, pakar penyakit berjangkit terkemuka Anu dan Hospital Canberra, Sanjaya Senanayake berkata, kes itu adalah yang pertama di dunia.

Pesakit dimasukkan ke hospital tempatan di tenggara New South Wales (NSW) pada 2021 selepas tiga minggu mengalami sakit perut dan cirit-birit.

Selepas pesakit itu mula mengalami kealpaan dan kemurungan pada 2022, seorang pakar bedah saraf di Hospital Canberra mengenal pasti kelainan pada lobus hadapan kanan otaknya melalui imbasan pengimejan Resonans Magnetik (mri).

Hipotesis kajian mengenal pasti bahawa pesakit itu mungkin dijangkiti sama ada menyentuh atau memakan rumput asli yang mengandungi parasit yang ditinggalkan oleh ular sawa.

Wanita itu kini masih dalam pemantauan oleh pakar penyakit berjangkit dan otak. -BERNAMA, HMetro Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here