Home Luar Negara 1,100 ORANG MASIH HILANG SELEPAS KEBAKARAN DI HAWAII

1,100 ORANG MASIH HILANG SELEPAS KEBAKARAN DI HAWAII

229
0

LAHAINA: Sekurang-kurangnya 1,100 orang masih hilang dalam kebakaran besar yang melanda Pulau Maui di Hawaii, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Agensi berita Sputnik, memetik pihak berkuasa, melaporkan selain lebih 1,000 individu yang masih gagal dikesan, lebih 1,400 lagi yang pada asalnya dilaporkan hilang, dijumpai selamat.

Memetik laporan AGENSI menerusi Berita Harian, pihak berkuasa sedang bekerjasama dengan keluarga mangsa yang hilang untuk mengumpul sampel DNA bagi memudahkan proses pengecaman.

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pula sedang mendapatkan bantuan ahli keluarga bagi mengenal pasti mayat mangsa kebakaran terburuk AS dalam dekad ini, mengorbankan sekurang-kurangnya 115 nyawa setakat ini.

Sementara itu, pendakwa raya negeri, Andrew Martin, berkata pihaknya akan memastikan bahawa pemberian sampel DNA itu hanya akan digunakan untuk tujuan pengecaman.

Ketua Polis Maui, John Pelletier, berkata pihak berkuasa sedang meneliti dan mengesahkan data sedia ada sebelum menyiapkan senarai orang hilang dalam beberapa hari lagi.

“Mengenal pasti mayat, yang sebahagian besarnya rentung, dalam timbunan abu di Lahaina adalah tugas yang rumit dan memakan masa. Setakat ini, hanya identiti 27 daripada 115 mangsa dapat disahkan,” katanya.

Pada Isnin, Datuk Bandar Maui, Richard Bissen berkata sekurang-kurangnya 114 orang maut dan kira-kira 850 lagi hilang dalam kebakaran itu.

Kebakaran itu berlaku akibat cuaca kering dan panas yang diburukkan lagi dengan angin kencang yang dicetuskan oleh Taufan Dora.

Beberapa penempatan termasuk bandar pelancongan terkenal, Lahaina, yang mempunyai 12,000 penduduk, musnah sama sekali dalam kejadian itu. – AGENSI, BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here