Home Sukan DE BRUYNE LEBIH SEMANGAT LEPAS JALANI PEMBEDAHAN

DE BRUYNE LEBIH SEMANGAT LEPAS JALANI PEMBEDAHAN

LONDON: Pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne menjalani pembedahan susulan kecederaan hamstring dialaminya di Burnley pada hari pembukaan musim baharu Liga Perdana Inggeris.

Memetik laporan REUTERS menerusi Berita Harian, pemain antarabangsa Belgium itu dikeluarkan selepas 36 minit ketika pasukan juara bertahan menang 3-0 ke atas kelab pendatang baharu Burnley seminggu lalu dan City menyatakan dia mungkin terpaksa berehat hingga empat bulan.

Bagaimanapun, De Bruyne lebih yakin dengan proses pemulihannya semalam.

“Berita selepas perlawanan dengan Burnley satu tamparan hebat buat saya secara fizikal dan mental. Kini pembedahan selesai dan saya sedia untuk menjalani pemulihan dan kembali beraksi tidak lama lagi,” katanya dalam ciapan di Twitter.

De Bruyne, yang diketepikan ketika City memenangi Piala Super UEFA mengatasi Sevilla di Athens Rabu lalu, turut dikeluarkan pada final Liga Juara-Juara menentang Inter Milan Jun lalu.

Pengurus City, Pep Guardiola sebelum ini berkata pemain tengah berusia 32 tahun itu mengalami kecederaan berulang di tempat sama. – REUTERS, BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here