Home Buletin Semasa PANGGILAN PALSU MAKIN MENURUN – BOMBA KELANTAN

PANGGILAN PALSU MAKIN MENURUN – BOMBA KELANTAN

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Orang awam khususnya diingatkan supaya tidak membuat panggilan palsu kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Pengarah JBPM Negeri Kelantan, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Zainal Madasin berkata bagaimanapun jumlah panggilan palsu menurun berbanding sebelum ini.

“Mengikut rekod, statistik panggilan palsu membabitkan kes-kes berkaitan kemalangan atau kecederaan masih lagi ada, cuma tidak seperti zaman penggunaan telefon awam dahulu.

Pengarah Bomba Kelantan, PPjB Zainal Madasin (dua dari kiri).

“Bagi tahun 2021 dan 2022 masing-masing dua panggilan manakala untuk tahun ini sebanyak lima panggilan,”katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat JBPM, di Tunjong, di sini.

Menurut Zainal, orang awam perlu berfikir kesan dan akibat jika membuat panggilan palsu.

“Kita nasihat dan tegur lah jangan buat panggilan palsu, apabila buat panggilan palsu  akan menyebabkan kesan kepada semua pihak.

“Risiko jika panggilan palsu dibuat akan menyebabkan kebolehpercayaan, kelwatan kehadiran panggilan sebenar dan lain-lain,”katanya.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here