Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) ingin memaklumkan terdapat laman web palsu bagi sistem eGUMIS seperti di url https://telegroup.my.id/jawatanmalaysiaterkini-tdr
Memetik kenyataan media, hasil semakan Computer and Incident Response Teams (CSIRT) JANM, url tersebut adalah phishing website atau laman web penipuan digital.
Justeru orang ramai diminta berwaspada dan berhati-hati dengan memastikan melayari laman web sebenar bagi urusan Wang Tak Dituntut (WTD) di url https://egumis.anm.gov.my/ Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian/email 03-8000 1033 / korporat@anm.gov.my – JANM –
Imedikel TV






