Home Sukan ANIQ, AZNIL BERSAING REBUT TEMPAT KE PARIS

ANIQ, AZNIL BERSAING REBUT TEMPAT KE PARIS

KUALA LUMPUR: Atlet angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan kini bersedia mencabar seniornya, Muhamad Aznil Bidin dalam perebutan untuk layak ke temasya Olimpik Paris tahun depan.


Memetik laporan Harian Metro, kedua-dua mereka yang juga pemenang pingat emas di temasya Komanwel Birmingham 2022 akan bersaing dalam kategori 61 kilogram (kg) yang mana mereka yang berada dalam kedudukan 10 terbaik akan layak secara merit dalam acara itu.


Aznil kini berada di kedudukan ke-10 berbanding Aniq di tempat ke-11 namun atlet berusia 22 tahun itu tidak mahu mengalah kerana hanya yang terbaik akan layak.

“Kami berdua sudah bercakap dari hati ke hati dan akan bersaing secara sihat. Siapa yang berhak akan layak ke Olimpik.

“Saya tak mahu mengalah biarpun Aznil sekarang memang lebih unggul berbanding saya, kerana saya baru dalam kategori 61kg ini.

“Saya akan cuba sedaya upaya saya memberikan yang terbaik terutama di Kejohanan Dunia di Riyadh, Arab Saudi bermula 2 September ini,” katanya.


Katanya, untuk layak ke Paris dia perlu sekurang-kurangnya melakukan angkatan seberat 290 kg dan kini angkatan terbaiknya adalah 284 kg yang dilakukannya di Kejohanan Asia, Jianju, Korea Selatan, Mei lalu.


Untuk rekod Aniq membantu kontinjen negara meraih pingat emas di Sukan Komanwel Birmingham 2022, mempunyai rekod peribadi terbaik dengan mengangkat bebanan 122kg snatch dan 162kg clean&jerk sekali gus mengumpulkan keseluruhan angkatan 284kg.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here