Home Buletin Semasa TIGA BERANAK MAUT TERHEMPAP POKOK AKIBAT RIBUT

TIGA BERANAK MAUT TERHEMPAP POKOK AKIBAT RIBUT

124
0

Oleh: Afrizam Arif, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Tiga beranak yang maut dalam kemalangan pokok menghempap kereta akibat ribut dikatakan baharu sahaja pulang dari makan malam berdekatan Kampung Bukit Cina, Kok Lanas, kira-kira 8.04 malam, semalam.

Adik ipar mangsa, Muhammad Ridha Abdullah, 35 berkata, lima sekeluarga tersebut berada di dalam kereta ketika kejadian, namun tiga daripadanya meninggal dunia di tempat kejadian iaitu pasangan suami isteri, Nik Mohd Zulmi Ramli, 44, dan Nik Amirah Ab Rahman, 40, serta anak bongsu mereka, Nik Aishah Azzahra, 5.

“Semalam pada jam 12 tengahari saya terserempak dengan Allahyarham anak saudara iaitu Nik Aishah Azzahra bersama kakaknya Nik Adilia Zulaikha, 11 dan Nik Adam Zarif, 9 ketika mereka hadir di pesta buku di salah sebuah pasaraya di Tunjong.

“Ibu dan bapa mereka (Nik Amirah dan Nik Mohd Zulmi) mengemas rumah ibu mereka bagi menyambut ibu pulang dari Kuala Lumpur,” katanya.’

Dalam kejadian tersebut Nik Aishah Azzahra turut maut bersama ibu bapanya, manakala Nik Adilia Zulaikha dan Nik Adam Zarif terselamat dan dibawa ke Hospital Machang untuk mendapat rawatan lanjut.

Muhammad Ridha berkata Allahyarham Nik Amirah bersama suaminya Allahyarham Nik Mohd Zulmi bagaimanapun tidak ada bersama anak-anaknya ketika di pasaraya itu kerana menyerahkan tugas ke pesta buku berkenaan kepada adik iparnya yang lain.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh Mohd Roslan Omar mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan pada pukul 8.06 malam membabitkan dua kenderaan iaitu Nissan Sentra dan Honda City dihempap pokok melibatkan 10 mangsa dengan tujuh mangsa berjaya dikeluarkan, bagaimanapun tiga mangsa tersepit dan disahkan meninggal dunia.

Dalam kereta Honda City, lima terselamat dikenalpasti pasangan suami isteri, Shamsiemon Mukhtar, 53, dan isteri, Jahnilawati Mohd Zain, 52 serta tiga anak mereka. – Sumber Ihsan Pembaca –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here