Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV
KOTA BHARU: Seramai 13,070 individu berusia 40 tahun ke atas berdasarkan statistik dari Januari hingga 22 Julai 2023 berjaya dibantu bekerja semula melalui Karnival Kerjaya MYFutureJobs di seluruh negara.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, carnival tersebut adalah proses carnival kejaayan yang diadakan di peringkat negeri.
“Pada hari ini peringkat negeri Kelantan dan seperti kita sedia maklum, seramai 28 majikan telah hadir untuk untuk mengadakan karnival kerjaya dengan jumlah kekosongan sabanyak 2593 dan antara majikan besar hadir adalah Malaysia Airline, Jabatan Pembangunan negeri Kelantan (ICU) Pusat Rehabilitasi PERKESO, Aero Darat Sdn Bhd dan Ain Medicare,”katanya.

Dr Azman semasa Program Cakna Prihatin, menziarahi pencarum PERKESO, Tengku Mohamed Amirul Akmal Tengku Ruslan dan menyerahkan peralatan bengkel kereta kepadanya, di Bengkel Kereta (Amirul Aircond Services), di Kampung Hutan Banggol, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Porgram Ziarah prihatin di Bengkel Kereta, Amirul Services Aircond, di Kampung Hutan Banggol, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), di sini, hari ini.
Menurut Dr Azman, program ini akan diteruskan lagi.
“Program ini akan diteruskan selama dua hari. Semalam saja sebanyak 204 pencari kerja telag dapat pekerjaan pada hari sama dan 500 semalam untuk interview kali kedua,”katanya.
Antara sektor pekerjaan yang ditawarkan seperti pembuatan, pembinaan, penginapan, perdagangan runcit, perkhidmatan makanan dan minuman (F&B).
Imedikel TV






