Home Politik DUN N09 KOTA LAMA BERDEPAN 4 PENJURU -PRN KE 15

DUN N09 KOTA LAMA BERDEPAN 4 PENJURU -PRN KE 15

146
0

Oleh: Alini Nadhirah Ismail, Wartawan Imedikel TV


KOTA BHARU: Penamaan calon bagi DUN di bawah parlimen Kota Bharu selesai diumumkan tengahari tadi di Dewan Jubli Perak Kota Bharu, bermula dengan Dun N08 Tanjong Mas berdepan dua penjuru iaitu masing-masing daripada PAS, Rozaini Ibrahim dan calon PH, Zinda Khalil yang diumumkan pada jam 11.15 pagi tadi.


Seterusnya bagi penamaan calon bagi DUN N10 Bunut Payong juga selesai kira-kira jam 11.20 pagi di Dewan Jubli Perak di sini hari ini, dan juga berdepan dua penjuru iaitu masing-masing daripada PAS, Shaari Mat Yaman serta daripada BN, Datuk Muhamed Hasnan Che Hussin.


Lain pula penamaan calon bagi DUN N09, yang sepatutnya berdepan lima penjuru namun seorang calon bebas telah ditolak pencalonannya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kerana tidak mencukupi syarat yang ditetapkan.


Kemudian bagi DUN N09 diteruskan dengan pertemuan empat penjuru iaitu Dr. Hafidzah Mustakim calon AMANAH, Dato’ Zamri Ismail calon PAS, Izat Bukhary Ismaiil Bukhary calon bebas serta Tan Boon Kian atau Andy Tan Calon PRM.


Hari Mengundi untuk Pilihan Raya raya Negeri (PRN) 15 adalah pada 12 Ogos ini.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here