Home Luar Negara 31 MAUT AKIBAT BANJIR DI KOREA SELATAN

31 MAUT AKIBAT BANJIR DI KOREA SELATAN

Seoul, KOREA SELATAN: Ketua balai bomba cheongju barat, Seo Jeong-Il, berkata lima mayat itu ditemui di dalam bas yang terperangkap dalam terowong di cheongju, semalam, sejurus anggota penyelamat memulakan operasi pencarian, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, penemuan mayat itu belum dimasukkan dalam data kementerian kerana belum menerima maklumat tepat berhubung jumlah mangsa yang terperangkap di tempat terbabit.

“Tumpuan kita pada misi mencari dan menyelamat (SAR) kerana mungkin ramai mangsa yang terperangkap di situ,” katanya.

Sementara itu, presiden, Yoon Suk Yeol mengarahkan perdana menteri, Han Duck-Soo memobilisasikan semua sumber sedia ada bagi meminimum kes kematian, selepas hujan lebih lebat dijangka membadai semenanjung negara itu, hari ini.

Kementerian dalam negeri dan keselamatan sebelum ini, berkata 26 orang maut, manakala 10 lagi hilang setakat jam 6 pagi semalam, susulan hujan lebat.

Ini mengakibatkan kejadian tanah runtuh dan banjir di seluruh negara, selain menyebabkan 7,540 mangsa terpaksa dipindahkan. 

Sumber: BH Online & REUTERS

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here