Home Buletin Semasa BOT NELAYAN MUSNAH TERBAKAR 

BOT NELAYAN MUSNAH TERBAKAR 

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PASIR PUTEH: Sebuah bot nelayan musnah kira-kira 70 peratus dalam kebakaran di belakang Shell Tok Bali, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pegawai Bomba Tinggi (PBT) II Mohd Zarami Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian daripada orang awam pada jam 5.30 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari BBP Tok Bali tiba di lokasi empat minit kemudian, kira-kira dua kilometer (km) dari balai.

“Komander operasi mengesahkan berlaku kebakaran membabitkan bahagian enjin sebuah bot nelayan (vesel) dengan kemusnahan dianggarkan 70 peratus.

“Operasi pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran hos reel dan satu aliran pam angkut sepanjang 300 kaki dengan sumber air terbuka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi berjaya dikawal pada jam 5.51 pagi.

Tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here