Kuala Lumpur: “Saya pun baru tahu. Itu pun bila saya ‘live’ pagi tadi orang dok kata-kata pasal ada yang guna muka saya ini,” kata Siti Nordiana.
Memetik laporan Harian Metro, Penyanyi dan pelakon ini berkata demikian apabila diminta mengulas penggunaan imejnya yang kelihatan mengaibkan di TikTok.
Paling mengejutkan apabila suntingan AI (Kecerdasan Buatan) ini memaparkan Siti Nordiana atau Nana berpakaian seksi di samping seorang lelaki.
Nana berkata, ketika perkara ini heboh, dia belum melihat gambar itu dan tidak tahu bagaimana bentuknya.
“Bila saya tengok memang melampau lah. Perkara ini saya dah report kepada TikTok dan saya minta peminat-peminat saya report akaun itu.
“Kalau berterusan saya akan ambil tindakan selanjutnya dan sekarang saya hanya minta turunkan posting itu sebab kandungan tak senonoh menggunakan muka saya,” katanya kepada Harian Metro.
Menambah lagi, Nana berkata, zaman sekarang memang merbahaya dan dia bimbang sekiranya ada peminat yang percaya video atau gambar itu betul..-HMetro Online-
IMedikel TV






