Home Buletin Semasa DUA PELANCONG WARGA SRI LANKA VEDERA DIHEMPAP RUNTUHAN BATU BANGUNAN

DUA PELANCONG WARGA SRI LANKA VEDERA DIHEMPAP RUNTUHAN BATU BANGUNAN

Oleh: Wartawan IMedikel TV

PENANG: Dua pelancong warga Sri Lanka cedera selepas dihempap runtuhan batu dan kayu daripada bahagian rasuk ‘beam’ sebuah bangunan di Lebuh Armenian di Georgetown, tengahari tadi.

Mangsa dikenali sebagai Mohamad Ammtar, 66 dan Fatimah, 55.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.11 tengahari membabitkan kejadian runtuhan bangunan.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lebuh Pantai bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

“Insiden melibatkan runtuhan batu dan kayu dari bahagian rasuk bangunan di tingkat satu yang mengakibatkan dua mangsa cedera.

“Komander Operasi kemudian bertindak membuat ‘size up’ (penilaian awal) sebelum melaksanakan kerja-kerja menyelamat di lokasi,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Jelasnya, kedua-dua mangsa seterusnya diberikan rawatan awal di lokasi oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Difahamkan dua pelancong ini mahu pulang ke negara mereka esok selepas selesai bercuti di Pulau Pinang,” katanya yang memaklumkan operasi itu turut mendapat bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM), KKM dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.29 petang.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here