KAMPALA: Enam sekeluarga, termasuk empat kanak-kanak, maut selepas rumah mereka dipanah petir ketika hujan lebat melanda barat laut Uganda pada Sabtu, menurut polis, lapor Xinhua.
Memetik laporan Xinhua menerusi Harian Metro, Jurucakap Polis Wilayah West Nile, Josephine Angucia, berkata petir itu menyambar rumah keluarga berkenaan di Daerah Maracha.
Menurut pihak berkuasa tempatan, sambaran petir itu mencetuskan kebakaran yang dengan pantas memusnahkan rumah berkenaan.
“Ketika kejadian, kesemua mangsa sedang tidur di dalam rumah dan tidak sempat menyelamatkan diri.
“Api merebak dengan pantas, memusnahkan rumah itu dan meragut nyawa mereka sebelum sebarang usaha menyelamat dapat dijalankan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Oleba.
Polis berkata mangsa terdiri daripada ibu bapa dan empat anak mereka.
Angucia berkata sepasukan pakar forensik polis telah dihantar ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut. – BERNAMA-XINHUA, HMetro Online –
IMedikel TV






