Home Hiburan M NASIR ‘PANCING’ SITI NURHALIZA DUET SPONTAN DI KONSERT

M NASIR ‘PANCING’ SITI NURHALIZA DUET SPONTAN DI KONSERT

61
0

KUALA LUMPUR: “Saya dengar Siti Nurhaliza boleh menyanyi? Tak nak, malu? Tadi kata dia nak menyanyi,” usik Datuk M Nasir cuba ‘memancing’ Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk menyanyi bersama sambil diiringi sorakan penonton.

Memetik laporan Harian Metro, biduanita Negara itu turut hadir menonton Konsert M.N47IR CIPTA 4 yang berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

“Takkan tak boleh kot? Kalau Datuk Seri Siti Nurhaliza hendak silakan, kalau tidak, saya minta Datuk K (Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa) naik atas untuk menyanyi.

“Boleh, Datuk? Bolehkan? Minta maaf kerana mengacau ketenteraman jiwa anda,” kata M Nasir lagi dalam nada seloroh yang terus menerima sorakan gemuruh ribuan peminat.

Siti Nurhaliza pada awalnya dilihat keberatan mahu menyahut pelawaan komposer dan penyanyi yang juga maestro muzik terkenal tanah air ini. 

Bagaimanapun, dia akhirnya mengalah sebaik menerima sorakan dan ‘desakan’ peminat, lebih-lebih lagi ketika wajahnya dipaparkan di skrin gergasi dewan acara.

“Demi seorang legenda yang saya hormati dan hari ulang tahunnya hari ini (semalam), saya sudi untuk menyanyi.

“Saya cubalah walau tiada ‘earpiece’. Ini antara karya terhebat saya pernah nyanyikan. Kita buat konsert sama-samalah selepas ini,” katanya sebaik berada di atas pentas.

Mereka kemudian bergandingan menyanyikan lagu Bagaikan Sakti ciptaan M Nasir yang juga salah satu runut bunyi bagi filem sejarah epik fenomema, Puteri Gunung Ledang (PGL).

Konsert yang dihadiri sekitar 8,000 penonton ini turut dimeriahkan dengan penampilan vokalis Wings, Datuk Awie serta penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw.

Kejutan turut dibuat apabila penganjur mengambil kesempatan meraikan ulang tahun kelahiran M Nasir ke-68 di atas pentas dengan menjemput selebriti lain yang hadir termasuk Ziana Zain, Marsha Milan dan Sherry Alhadad.

“Terima kasih kepada semua yang sudah memberi sokongan. Saya harap persembahan ini tidak membosankan anda,” katanya sebelum memotong pulut kuning dan menyanyikam lagu ‘Allah Selamatkan Kamu’.

M Nasir kemudian mengajak Ziana berduet secara spontan bersamanya menerusi lagu duet popular, Halaman Asmara yang juga ciptaan M Nasir untuk dinyanyikan bersama sifu ini. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here