Home Hiburan SHUIB TEKAD HASILKAN SEMULA ‘DOL’S PODCAST’

SHUIB TEKAD HASILKAN SEMULA ‘DOL’S PODCAST’

25
0

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Shuib memaklumkan akan menerbitkan semula Dol’s Podcast yang mendapat sambutan hangat peminat.

Memetik laporan Berita Harian, Shuib atau Shahmira Muhammad, 42, berkata, jadual dia dan gandingannya Mamat dan Fizie terlalu padat dan mereka akan kembali memulakan rakaman pada Julai nanti.

“Sekarang ini memang semasa buat ‘live’ (siaran langsung) atau terjumpa peminat di mana-mana, ramai yang tanya mengenai musim terbaru Dol’s Podcast.

“Sebab rupanya bila kita jalan setahun lebih itu, kita dah ada peminat podcast yang tulen. Alhamdulillah… itulah harap-harap boleh buat Julai nanti.

“Sekarang kita berdepan kekangan penaja sebab situasi dah tak macam dulu lagi. Saya rasa trend penaja dah banyak berubah untuk TV, radio, podcast dan sebagainya,” katanya ketika ditemui menemani anaknya, Talita yang menjayakan konsert Festival Ulang Tahun Bandar Raya Petaling Jaya Ke-20, di sini, Sabtu lalu.

Shuib berkata, kebanyakan pengeluar produk sekarang kini memilih menjual secara terus di TikTok dan platform lain.

“Ini cabaran kita untuk jalan dengan podcast. Tapi saya rasa Insya-Allah boleh. Sebenarnya podcast pun ‘monetize’ (buat duit) di YouTube. Jadi kalau kita ada beberapa episod saya rasa kita boleh ‘cover’ untuk kos produksi.

“Kami sedar Dol’s Podcast menjadi pilihan. Ramai yang nak datang termasuk rakan-rakan artis bagi mempromosikan produk masing-masing seperti konsert.

“Kita pun dah ada puluhan episod sebelum ini yang mendapat sambutan hebat. Saya rasa bangga sebenarnya dengan dua siri podcast sebab dengan dua podcast itu banyak benda-benda yang meletup daripada situ,” katanya.

Shuib berkata, podcast membabitkan Zack Budak Kacamata dan Ameng Spring berjaya menaikkan semula nama mereka dalam industri.

“Kami bawa Zack dan lagunya Bintang terus meletup-letup dan dia dapat show sana sini. Tapi yang paling terkesan sebenarnya untuk episod Ameng Spring yang membuatkan saya rasa Abang Ameng menjadi seorang Tiktoker sekarang.

“Daripada podcast itu, mula nampak impak dia. Show dia makin banyak. Dia sendiri pernah cakap pasal dua podcast ini orang ingat saya balik dan panggil saya show.

“Dari podcast itu saya nampak yang dia ‘grow’ sampaikan dia main TikTok dia pandai bercakap. Dan dalam TikTok pun sebenarnya dia sangat bagus bercakap.

“Cerita-ceritanya bagi manfaat kepada orang lain. Saya sendiri pun terkesan. Jadi saya rindu nak buat balik Dol’s Podcast. Insya Allah… saya harap agar mana-mana pihak sudi menaja,” katanya. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here