Home Luar Negara PELIK! 22 NEGARA MINTA IRAN HENTI SERANGAN DI ‘TANAH AIR’ MEREKA

PELIK! 22 NEGARA MINTA IRAN HENTI SERANGAN DI ‘TANAH AIR’ MEREKA

SYDNEY: Dua puluh dua negara termasuk Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara Eropah bersama-sama memberi amaran kepada Iran pada Khamis untuk berhenti menyerang orang “di tanah kami”.

Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, perkhidmatan keselamatan Iran dikutuk kerana penggunaan “geng jenayah antarabangsa dan tempatan” yang “mengejutkan” untuk merancang di Eropah, Amerika Utara dan Australia.

“Percubaan untuk membunuh, menculik, mengganggu, menakut-nakutkan, atau menyerang orang di tanah kami, menjejaskan kedaulatan negara dan norma antarabangsa. Tindakan ini mesti dihentikan segera,” kata negara-negara itu dalam satu kenyataan bersama.

Perkhidmatan perisikan Kor Pengawal Revolusi Islam (IGRC) Iran dan cawangan operasi luar negaranya, Pasukan Quds, terbabit dalam “rancangan maut dan tindakan memfitnah” terhadap pembangkang, wartawan dan komuniti serta kepentingan Yahudi dan Israel, kata mereka.

“Kami bersatu dalam keazaman kami untuk melindungi negara dan rakyat kami daripada ancaman ini. Republik Islam Iran mesti menghentikan tindakan ini sekarang.”

Negara-negara itu menuduh Iran sebagai dalang di sebalik kempen serangan di seluruh Eropah yang menyasarkan komuniti Yahudi, wartawan Iran dan wartawan AS, yang dituntut oleh kumpulan yang berkaitan dengan Iran, Harakat Ashab al-Yamin al-Islamiya.

Kumpulan yang kurang dikenali itu mengaku bertanggungjawab atas rentetan serangan pembakaran baru-baru ini di rumah ibadat dan tapak komuniti di Golders Green, London, tempat tinggal penduduk Yahudi yang besar.-AFP, HMetro Online-

IMedikel TV    

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here