Home Buletin Semasa KIOSK SWAFOTO DI PASAR RAYA, TERBAKAR

KIOSK SWAFOTO DI PASAR RAYA, TERBAKAR

188
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Sebuah kiosk swafoto yang terletak di dalam bangunan Aeon Mall, di sini mengalami kebakaran awal pagi tadi, namun kejadian berjaya dikawal dengan pantas tanpa membabitkan sebarang mangsa.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 6.02 pagi sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Darul Naim serta BBP Kota Bharu ke lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Darul Naim,  Ahmad Fakaruddin Berahim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 6.02 pagi sebelum menggerakkan anggota dari BBP Kota Darul Naim serta BBP Kota Bharu ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira tujuh minit kemudian pada jam 6.09 pagi.

“Kebakaran membabitkan sebuah kiosk Selfie Studio dengan keluasan dianggarkan 6 x 12 kaki di dalam pusat beli-belah berkenaan.

“Bagaimanapun punca kejadian masih dalam siasatan,”katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata setibanya pasukan bomba di lokasi, didapati api sudah dipadamkan oleh pengawal keselamatan bangunan dengan bantuan sistem sprinkler yang berfungsi secara automatik.

“Anggaran kemusnahan akibat kebakaran adalah sekitar lima peratus dan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini,” katanya.

Operasi berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 6.13 pagi dengan membabitkan 13 anggota bomba serta tiga jentera iaitu dua Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here