Home Luar Negara SKANDAL PENDERAAN: PERANCIS AKAN PERKENAL RUU PERLINUNGAN KANAK-KANAK BAHARU

SKANDAL PENDERAAN: PERANCIS AKAN PERKENAL RUU PERLINUNGAN KANAK-KANAK BAHARU

42
0

ISTANBUL: Kerajaan Perancis akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) perlindungan kanak-kanak baharu kepada Kabinet hari ini, bertujuan mengetatkan perlindungan untuk kanak-kanak di bawah umur susulan skandal penderaan yang semakin meluas, kata Perdana Menteri Sebastien Lecornu, menurut Anadolu Ajansi (AA).

Dalam satu kenyataan di X, Lecornu berkata undang-undang itu akan memperkenalkan “pemeriksaan latar belakang sistematik” untuk semua individu yang bekerja dengan kanak-kanak berikutan peningkatan kebimbangan mengenai penderaan yang melibatkan kanak-kanak bawah umur.

“Terlalu ramai ibu bapa, terlalu ramai pendidik, terlalu ramai profesional, terlalu ramai pegawai pilihan raya tempatan telah menyuarakan kebimbangan untuk sekian lama,” katanya.

Memetik laporan Anadolu menerusi Berita Harian, perundangan terbaru itu digubal ketika pihak berkuasa Perancis berdepan skandal penderaan besar-besaran membabitkan pemantau sekolah di puluhan taska dan sekolah rendah.

Pendakwa raya Paris sedang menyiasat lebih 100 dakwaan keganasan fizikal, serangan seksual dan rogol membabitkan kanak-kanak seawal usia tiga tahun.

Siasatan dilaporkan meliputi 84 taska, sekitar 20 sekolah rendah dan beberapa pusat jagaan di ibu negara Perancis.

Media Perancis dan organisasi perlindungan kanak-kanak juga telah berulang kali memberi amaran tentang keadaan dalam Sistem Kebajikan Kanak-Kanak (ASE), yang menjaga hampir 400,000 kanak-kanak di seluruh negara.

Menurut laporan Radio France Internationale, sekitar 15,000 kanak-kanak di bawah jagaan ASE menjadi mangsa rangkaian pelacuran. BERNAMA-ANADOLU, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here