Home Sukan PENYOKONG SAMBUT BAIK TFC KEKAL BERSAING DI LIGA SUPER

PENYOKONG SAMBUT BAIK TFC KEKAL BERSAING DI LIGA SUPER

22
0

KUALA TERENGGANU: Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu Darul Iman (TFFC) ternyata lega dengan keputusan Terengganu FC (TFC) untuk terus kekal bersaing di Liga Super, musim depan.

Memetik laporan Harian Metro, pengerusinya, Mazuki Muhamad menegaskan keputusan itu adalah langkah bijak demi ekosistem pembangunan bola sepak negeri dan negara.

Bagaimanapun, tegasnya, beberapa penambaikan dan penstrukturan perlu dilaksanakan oleh pemegang taruh, pihak pengurusan dan mereka yang terlibat bagi memastikan misi ingin digapai kelab itu tidak terkandas di tengah jalan.

“Alhamdulillah terjawab sudah persoalan peminat berkenaan hala tuju pasukan TFC pada musim depan yang sebelum ini dikatakan akan beraksi dalam Liga Divisyen Dua.

“Namun beberapa penambaikan, penstrukturan dan pendekatan baharu sebagaimana digariskan TFC bersama Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) perlu diperhalusi dan dilaksanakan sebaik-baiknya.

“Ini bagi mengelak pasukan ‘karam’ di pertengahan jalan selain bagi memastikan peminat terus memberikan sokongan padu kepada pasukan kesayangan mereka,” ujar Mazuki.

Timbalannya, Wan Mohd Hafizul Nik Anuar meluahkan nada gembira selepas skuad Penyu itu menyatakan pendirian untuk terus berenang di lautan tertinggi bola sepak negara. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here