Home Luar Negara SEORANG MAUT, EMPAT LAGI PARAH SUSULAN INSIDEN TEMBAKAN DI BARAT DAYA SYDNEY

SEORANG MAUT, EMPAT LAGI PARAH SUSULAN INSIDEN TEMBAKAN DI BARAT DAYA SYDNEY

26
0

SYDNEY: Seorang maut manakala empat lelaki lain berada dalam keadaan serius susulan insiden tembakan di barat daya Sydney, menurut polis awal pagi Rabu, lapor Xinhua.

Menurut kenyataan polis New South Wales, Australia, pihaknya dipanggil ke Hospital Liverpool kira-kira jam 8.30 malam, semalam selepas menerima laporan bahawa dua lelaki dipercayai berusia lingkungan 20-an, mendapatkan rawatan akibat beberapa kesan kecederaan.

Memetik laporan Xinhua menerusi Berita Harian, seorang daripada mereka menerima rawatan namun meninggal dunia tidak lama kemudian, manakala seorang lagi masih dirawat di hospital dalam keadaan stabil.

Semalam, dua lelaki mendapatkan rawatan di Hospital Fairfield dalam keadaan kritikal, manakala seorang lagi hadir ke Hospital Liverpool dalam keadaan stabil untuk menerima rawatan akibat kecederaan.

Polis sudah mengenalpasti lokasi kejadian di sebuah rumah di Canley Heights, kira-kira 30 kilometer di barat daerah perniagaan pusat Sydney.

Australian Broadcasting Corporation melaporkan insiden itu dipercayai mempunyai kaitan dengan rangkaian jenayah terancang. – BERNAMA-XINHUA, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here