Home Luar Negara 4 MAUT, 20 CEDERA, BAS BAWA ROMBONGAN KAHWIN JATUH GAUNG

4 MAUT, 20 CEDERA, BAS BAWA ROMBONGAN KAHWIN JATUH GAUNG

28
0

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya empat maut dan 20 lagi cedera selepas bas yang membawa rombongan perkahwinan terjunam ke dalam gaung di wilayah Sindh selatan Pakistan pada Ahad, kata pegawai penyelamat, lapor Xinhua.

Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, nahas berlaku di daerah Shikarpur selepas bas itu dilaporkan mengalami tayar pecah dan terbabas dari jalan raya, kata jurucakap Penyelamat 1122 Sindh.

Menurut pegawai penyelamat, kira-kira 50 penumpang, termasuk wanita, kanak-kanak, warga emas serta pasangan pengantin, berada di dalam bas ketika kemalangan.

Mayat empat mangsa termasuk seorang kanak-kanak ditemukan semasa operasi menyelamat, manakala mangsa yang cedera diberikan pertolongan cemas dan dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan, tambah jurucakap itu.-AFP, HMetro Online-

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here