Home Luar Negara 10 PELAJAR CEDERA NAHAS DUA KENDERAAN DI JEPUN

10 PELAJAR CEDERA NAHAS DUA KENDERAAN DI JEPUN

88
0

HIKONE: Lebih 12 individu termasuk 10 pelajar cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van dan minivan di bandar Hikone wilayah Shiga, barat Jepun pada malam 2 Mei, lapor Kyodo News.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, kejadian berlaku kira-kira jam 9.20 malam apabila van yang membawa ahli kelab bola baling lelaki dari wilayah Ibaraki dan Chiba itu dipercayai terbabas ke laluan bertentangan di jalan dua lorong berkenaan, menurut polis.

Pemandu van terbabit ialah seorang guru sekolah rendah berusia 43 tahun yang mengiringi pelajar berkenaan.

Dia dalam perjalanan membawa mereka pulang ke tempat penginapan di Hikone selepas tamat perlawanan di wilayah Nara.

Minivan itu pula dipandu seorang wanita berusia 40 tahun. 

Wanita itu serta suaminya berusia 56 tahun masing-masing mengalami patah jari dan lengan. 

Ketika kejadian, pasangan dari wilayah Aichi di tengah Jepun itu memandu bersama anak lelaki mereka berusia lima tahun yang tidak mengalami kecederaan.

Polis memaklumkan bahawa kesemua 13 mangsa yang cedera dibawa ke hospital.

Tiga daripada mangsa cedera parah iaitu pasangan di dalam minivan dan seorang pelajar berusia 12 tahun yang patah gigi depan, menurut polis.–Agensi, HMetro Online-

IMedikel TV   

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here