TOKYO: Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro sebuah gunung berapi di selatan Jepun meletus buat kali kedua dalam tempoh empat bulan dengan kepulan abu besar berkepul-kepul ke udara sehingga beberapa kilometer (km), menurut agensi cuaca dan media tempatan.
Sakurajima, salah satu gunung berapi paling aktif di Jepun, meletus selepas tengah hari pada 11 April lalu dengan abu dilepaskan setinggi 3.4km, menurut Japan Meteorological Agency.
“Letusan itu membantu mengurangkan kebanyakan ubah bentuk kerak bumi yang sudah terkumpul di dalam gunung berapi berkenaan,” katanya.
Memetik akhbar harian Yomiuri Shimbun, ia adalah letusan besar pertama sejak 13 Disember tahun lalu. – AFP, HMetro Online –
IMedikel TV






