Home Sukan INTER MAKIN HAMPIR JULANG SERIE A

INTER MAKIN HAMPIR JULANG SERIE A

80
0

MILAN: Inter Milan mempamerkan aksi garang apabila membelasah AS Roma 5-2 dalam saingan Serie A sekaligus mengukuhkan cengkaman di puncak liga.

Memetik laporan Reuters menerusi Harian Metro, kemenangan itu menyaksikan Inter kini memiliki kelebihan sembilan mata, sekali gus semakin hampir menjulang kejuaraan dengan hanya beberapa perlawanan berbaki.

Gandingan berbisa Lautaro Martinez dan Marcus Thuram menjadi nadi kemenangan apabila kedua-duanya memainkan peranan besar dalam kemenangan besar itu.

Martinez yang kembali daripada kecederaan tidak menunggu lama untuk mencetak nama apabila membuka jaringan seawal minit pertama, sebelum menambah satu lagi gol pada babak kedua.

Roma sempat menyamakan kedudukan menerusi Gianluca Mancini, namun jaringan jarak jauh Hakan Calhanoglu sebelum rehat mengembalikan kelebihan tuan rumah.

Inter terus menggila selepas rehat apabila Thuram menjaringkan satu gol selain membantu Martinez, sebelum Nicolo Barella menambah jaringan kelima.

Roma hanya mampu merapatkan jurang menerusi Lorenzo Pellegrini, namun ia tidak cukup untuk menghalang Inter daripada meraih kemenangan besar.

Kemenangan itu mengukuhkan kedudukan Inter di puncak liga, manakala Roma kekal di tangga keenam dan semakin tertekan dalam perebutan slot Eropah.-Reuters HMetro Online-

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here