Home Luar Negara KORBAN SERANGAN KE ATAS SEKOLAH DI IRAN MENINGKAT KEPADA 108

KORBAN SERANGAN KE ATAS SEKOLAH DI IRAN MENINGKAT KEPADA 108

120
0

TEHRAN: Jumlah korban akibat serangan menyasarkan sebuah sekolah di Iran kini meningkat kepada 108 orang susulan serangan yang dilancarkan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap negara itu.

Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, jurucakap Bulan Sabit Merah Iran memaklumkan, jumlah pelajar yang terkorban di Sekolah Minab kini mencecah 108 orang dan operasi bantuan serta pengalihan runtuhan masih diteruskan.

AFP tidak dapat mengakses lokasi kejadian bagi mengesahkan angka korban atau keadaan sebenar kes berkenaan, manakala tentera Israel tidak memberikan sebarang komen segera berhubung laporan itu ketika dihubungi AFP.

Pentagon juga tidak memberi maklum balas segera terhadap permintaan komen, namun jurucakap Komando Pusat AS (CENTCOM) dipetik The New York Times sebagai berkata pihaknya menyedari laporan berhubung kecederaan orang awam akibat operasi ketenteraan yang sedang berlangsung serta memandang serius laporan dan sedang meneliti perkara terbabit.

Katanya, perlindungan orang awam adalah keutamaan tertinggi dan pihaknya akan terus mengambil semua langkah berjaga-jaga bagi meminimumkan risiko kecederaan tidak disengajakan.

Sementara itu, Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, menyifatkan kejadian itu sebagai satu lagi lembaran hitam dalam rekod jenayah tidak terhitung yang dilakukan oleh pihak penceroboh.

Semalam, AS dan Israel melancarkan gelombang serangan terhadap musuh lama mereka itu.

Terdahulu, Bulan Sabit Merah Iran memaklumkan sekurang-kurangnya 201 orang terbunuh dan 747 lagi cedera dalam serangan berkenaan. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here