Home Buletin Semasa BENGKEL KERETA 90 PERATUS MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI PASIR MAS

BENGKEL KERETA 90 PERATUS MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI PASIR MAS

101
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PASIR MAS: Sebuah bengkel kereta jenis separuh kekal di Jalan Lemal, Pekan Pasir Mas, di sini, musnah hampir keseluruhannya dalam kebakaran malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Azmi Husin dalam kenyataan semalam memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui sistem NG999 pada jam 8.44 malam memaklumkan kejadian kebakaran berkenaan.

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) kemudian mengarahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Mas ke lokasi kejadian dengan bantuan jentera tangki air dari BBP Rantau Panjang.

“Setibanya pasukan keluaran operasi di lokasi pada jam 8.50 malam dan didapati benari kebakaran membabitkan sebuah bengkel kereta jenis separuh kekal dengan anggaran kemusnahan kira-kira 90 peratus.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 8.55 malam,”katanya dalam kenyataan semalam.

Operasi membabitkan tujuh anggota bomba termasuk pegawai dengan penggunaan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah tanker dan satu unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here